Aku dah pergi korea pada 28/10/13-01/11/13 yang lepas...
Permulaan pergi korea senang je... mula2 tempah tiket online ke seoul dengan menaiki Airasia X... tiket aku dlm rm980 pergi dan balik... tapi kena tempah awal laa....
Ok la di saat dah menaiki bus skybus dari kl sentral maka akan la pergi ke lcct... kena bersedia 4jam awal untuk ke seoul korea.. kena bawak itenary anda ke kaunter pelepasan antarabangsa.. sesape yang check in melalui web airasia anda hanya perlu bawak itenary anda ke kaunter antara no. 40-48... ataupun nak senang gi je ke kaunter yg ada depan kedai cokelat, dari situ bleh print boarding pass anda.... senang je takpayah beratur panjang.... sebab time aku pergi banyak la mamat india nak g negara asal dorg... jadi terus g kaunter yang depan kedai cokelat je tu... lepas dah dapat boarding pass masuk je la pintu T1 yang ada sebelah je kaunter yang banyak2 tu.. anda akan melalui pintu yg akan bagi anda airasia tag bag untuk mereka yang bawak bag kabin tidak melebihi 7kg... tempat menimbang ada disediakan di kaunter berhampiran dengan tempat meletakkan bagasi yang besar2...
Pas dah timbang beg n dapat boarding pass terus menuju ke pintu T1-T... anda akan diperiksa oleh pegawai lcct dan kastam... sebarang barang yang jenis cecair seperti air, ubat gigi, barang penjagaan muka mestilah diletakkan di dalam plastik beg yang disediakan d lcct... dah lepas pintu kastam dan imigresen sila lihat pada skrin di hadapan anda yang memaparkan pintu mana yang akan bawa anda menaiki pesawat ke lapangan terbang incheon, korea... pintu pelepasan anda akan dibuka 20minit sebelum pesawat berlepas... jadi buangla ape2 yang patut kat tandas... hahaha.... ini sahaja untuk permulaan... akan bersambung selepas ini...

No comments:
Post a Comment